Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang guru wanita di Pekan kerugian RM226,400 wang simpanannya setelah diperdaya sindiket penipuan dalam telefon yang menyamar sebagai wakil pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NSRC).

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, wanita berusia 38 tahun itu telah menerima panggilan daripada suspek pada 15 November 2024 yang mendakwa dia terlibat dalam aktiviti sindiket penipuan wang haram.

“Panggilan tersebut kemudian disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis.

“Kemudian mangsa telah diarahkan untuk membuat pemindahan wang bagi tujuan siasatan oleh Bank Negara Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa kemudian akur dan membuat sebanyak 21 transaksi pemindahan wang ke dalam tiga akaun berbeza pada tempoh 4 Disember hingga 16 Disember 2024 sehingga menglami kerugian sebanyak RM226,400.00.

Justeru, Yahaya berkata, pihaknya menasihati orang ramai agar tidak melayan panggilan yang mencurigakan terutamanya daripada individu yang tidak dikenali dan melibatkan arahan pemindahan wang atau pengesahan maklumat peribadi.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here