ACP Mohd Azam Ismail

AMPANG JAYA – Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana memiliki 11.41 gram pil Erimin 5 dan 0.58 gram syabu ketika rondaan cegah jenayah di tepi Jalan 9C, Lembah Jaya Selatan, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, tangkapan itu dibuat selepas mendapati lelaki itu dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan lanjut, suspek secara sukarela menyerahkan empat keping aluminium foil berwarna merah dan perak, setiap satu mengandungi 10 pil disyaki dadah jenis Erimin 5.

“Jumlah keseluruhan 40 biji seberat 11.41 gram dan satu paket plastik kecil lutsinar yang mengandungi serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 0.58 gram,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Azam berkata, susulan tangkapan itu, suspek telah dibawa ke Balai Polis Ampang untuk menjalani ujian saringan air kencing.

“Hasil ujian menunjukkan positif Meth dan AMP.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here