Nur Khalisya

KUALA LUMPUR – Selepas 12 hari hilang, adik perempuan bekas pemain bola sepak kebangsaan Hadin Azman akhirnya ditemukan selamat di rumah keluarga angkatnya di Jalan Sikamat Lama, Seremban Putra, Negeri Sembilan hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail dalam kenyataan ringkas mengesahkan penemuan Nur Khalisya, 16, pada 11.14 pagi tadi.

“Maklumat lanjut akan menyusul,” katanya.

Semalam Bernama melaporkan Nur Khalisya dipercayai hilang di sekitar Jalan Peel di sini sejak 25 Feb lepas.

Hadin dalam hantaran menerusi media sosial berkongsi poster memaklumkan kehilangan adik perempuannya dan memohon bantuan orang ramai mengesan remaja itu.

Mohamad Lazim juga mengesahkan menerima laporan daripada ibu remaja itu yang menyatakan menyedari kehilangan anaknya ketika mahu mengambilnya pulang dari sebuah sekolah di Jalan Peel pada 4 petang, 25 Feb lepas. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here