ACP Azli Mohd Noor

KUALA TERENGGANU – Seorang penuntut lelaki Kolej Universiti TATI maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kampung Atas Tol di sini, kira-kira 7.55 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata,; ketika kejadian Amirul Iman Mohd Zulkifly, 19, dipercayai dari arah Chendering menghala ke Gelugor Kedai.

Beliau berkata, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Ego Avantiz dipercayai hilang kawalan ketika tiba di lokasi kejadian lalu terbabas dan melanggar tiang elektrik di tepi jalan.

“Pelanggaran kuat menyebabkan tiang elektrik tersebut patah. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Azli meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast