Pengunjung beratur untuk mendapatkan bubur lambuk di Padang MPK 1, Kuantan

KUANTAN – Sebanyak 1,500 pek bubur lambuk diedarkan kepada pengunjung yang berbuka puasa di Padang MPK 1, di sini petang semalam.

Menurut Pengurus Zon Timur, Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, Zulrafaaee Abdul Hamid, ia merupakan program tahunan sempena bulan Ramadan anjuran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) serta Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

“Edaran bubur lambuk bagi Ramadan tahun ini kita sudah mulakan pada Khamis lepas dengan kerjasama rakan-rakan agensi yang juga merupakan pembayar zakat.

“Hari ini, dengan kerjasama 10 orang pengusaha-pengusaha stesen minyak Shell di sekitar Kuantan, kita dapat agihkan sejumlah 1,500 pek, insya-Allah,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui di sini.

Tambah Zulrafaaee, sambutan daripada pengunjung amat memberangsangkan yang mana edaran kesemua bubur lambuk hampir selesai menjelang jam 6.30 petang.

Gelagat ketika Program Edaran Bubur Lambuk di Padang MPK 1, Kuantan

Pemberian bubur lambuk itu akan diteruskan setiap hari sehingga 28 Mac, namun, jumlahnya bergantung kepada sumbangan jabatan, agensi dan badan-badan korporat yang terlibat.

“Selain program pengagihan bubur lambuk ini, kita juga ada program sampingan di pentas yang disediakan iaitu persembahan hafazan al-Quran, tazkirah berkenaan kewajipan zakat dan persembahan berbentuk islamik,” katanya.

Justeru, beliau menyeru mana-mana badan korporat yang mahu turut serta menyumbang dalam Program Edaran Bubur Lambuk untuk tampil berkongsi rezeki sempena bulan penuh keberkatan ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here