Program Empowering The Young Muslimah yang diadakan sempena Hari Wanita Sedunia mendapat sambutan luar biasa apabila lebih 1,000 peserta hadir bagi menimba ilmu dan memperkukuh jati diri sebagai Muslimah dalam dunia moden.
Program anjuran Kretip Malaya dengan kerjasama beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) ini bertujuan membincangkan isu kepimpinan Muslimah, keseimbangan dalam ekonomi rumah tangga, serta aspek kerohanian dalam menghadapi cabaran dunia hari ini.