KUALA LUMPUR – Pelakon Datin Atikah Suhaime bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, semalam.
Berkongsi berita gembira itu di Instagram miliknya, Atikah memberitahu, bayi perempuan seberat 2.9 kilogram (kg) diberi nama Lyla Mulan Teh.
Atikah atau nama sebenar, Nur Atikah Mohd Suhaime turut meluahkan rasa teruja bersyukur dengan kelahiran bayi itu.
Atikah , 34, yang berasal dari Singapura rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh, 35 pada Januari, tahun lalu. – MalaysiaGazette