Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman. Foto SADIQ SANI, 25 JANUARI 2025

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis antara 55 individu yang ditahan ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Loke Yew, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, semakan juga mendapati anggota polis lelaki dan wanita itu positif dadah jenis Eramin 5 dan ketamin.

“Tangkapan dilakukan hasil risikan oleh sepasukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sekitar jam 4 petang semalam.

“Hasil ujian air kencing mendapati, 49 individu membabitkan 17 wanita dan 25 lelaki positif dadah termasuk dua penjawat awam itu.

“Kesemua yang ditahan melibatkan adalah warga asing dan tempatan berusia antara 22 hingga 51 tahun dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Tambah beliau, kesemua mereka direman hari ini bagi siasatan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here