Insiden serangan dan letupan bom di Sungai Golok, Narathiwat pada 8 Mac 2025

BANGKOK- Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra mengesahkan jumlah kematian terbaharu insiden serangan dan letupan bom di Narathiwat, malam tadi meningkat kepada tiga orang.

Menurut laporan media tempatan,beliau mendapat maklumat terkini itu ketika dalam penerbangan balik ke Thailand selepas melakukan lawatan ke Jerman selama beberapa hari.

Dalam pada itu Paetongtarn memberi jaminan ahli keluarga mangsa yang terkorban atau cedera bakal menerima pampasan daripada kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/03/09/letupan-bom-di-narathiwat-dua-maut-lapan-cedera/

Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada waris mangsa.

PM Thailand Paetongtarn Shinawatra
Foto AFP

Dalam masa yang sama, Paetongtarn turut mengarahkan kawalan keselamatan di selatan negara itu diperketat susulan insiden serangan dan letupan bom berhampiran Sungai Golok, Narathiwat, malam tadi.

Tegasnya, tugasan syif malam bagi pasukan keselamatan juga perlu ditingkatkan.

Bagaimanapun katanya, beliau mesti terlebih dahulu berbincang dengan agensi-agensi keselamatan yang berkaitan.

“Sudah tentu bilangan petugas keselamatan mesti ditambah,” katanya.

Beliau menjelaskan, serangan sedemikian memberi kesan negatif kepada orang awam, maka kawalan keselamatan yang lebih ketat perlu dilaksanakan.

Terdahulu, laporan awal menyebut, dua sukarelawan pertahanan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala lapan lagi cedera.

Dalam insiden kira-kira 7 malam (waktu tempatan) Sabtu, sekumpulan lelaki bersenjata menaiki dua kenderaan pacuan empat roda menyerang Pejabat Daerah Sungai Golok.

Timbalan Ketua Polis Sungai Golok, Lt. Kol. Pol. Nitti Suksang, mengesahkan kumpulan itu melepaskan tembakan dan melontar bom tangan ke arah sukarelawan pertahanan yang sedang bertugas.

“Dalam serangan itu, dua anggota sukarelawan pertahanan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga cedera parah dan lima cedera ringan,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurut Nitti, kesemua mangsa yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Sungai Golok.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here