Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR – Pasukan Gerakan Am (PGA) diarah meningkatkan kawalan dan rondaan di pengkalan haram termasuk kawasan titik panas di sepanjang Sungai Golok, Thailand.

Ia susulan insiden tembakan dan letupan bom di wilayah itu malam tadi hingga mengakibatkan dua anggota sukarelawan pertahanan Thailand maut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setiap operasi PGA telah diarahkan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan di pos keselamatan dan kawalan  bagi mencegah kemasukan individu tidak diingini ke negara ini.

“Kita telah mengarahkan semua PGA meningkatkan rondaan di pangkalan haram dan kawasan hotspot di sepanjang Sungai Golok bagi memastikan ia tidak dibolosi penjenayah.

“Kompeni komander juga diarahkan bagi memantau keselamatan pos dan petugas selama 24 jam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, Briged Tenggara dan Polis Kelantan akan memantau keadaan di wilayah Narathiwat dan kawalan ketat dikuatkuasakan serta merta sehingga situasi kembali selamat.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini tiada rakyat malaysia yang dilaporkan terbabit dalam insiden tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/03/09/tiada-rakyat-malaysia-terlibat-insiden-letupan-tembakan-di-sungai-golok/

https://malaysiagazette.com/2025/03/09/letupan-bom-di-narathiwat-dua-maut-lapan-cedera/

Dalam kejadian malam tadi, dua sukarelawan pertahanan maut, manakala lapan lagi cedera dalam kejadian serangan bersenjata dan letupan bom di hadapan Pejabat Daerah Sungai Golok.

Serangan berlaku kira-kira jam 7.10 malam waktu tempatan (8.20 malam waktu Malaysia), kira-kira sejam selepas umat Islam di wilayah itu berbuka puasa.

Jurucakap polis Sungai Golok berkata, insiden berlaku di sepanjang jalan Sungai Golok-Sungai Padi, berhampiran pasar raya Big C yang sering dikunjungi rakyat Malaysia.

Susulan kejadian itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat turut mengesahkan insiden berkenaan tidak membabitkan rakyat Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here