Video tular memaparkan kereta Mercedes Benz yang memandu dengan melulu di Jalan Sri Bengkal. Batu Pahat.

KUALA LUMPUR – Pemandu kereta Mercedes Benz yang memandu secara melulu dan berbahaya di Jalan Parit Yaani-Sri Gading, Batu Pahat semalam telah ditahan Polis Daerah Batu Pahat.

Kenderaan yang digunakan turut disita.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2000).

Pagi tadi, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima maklumat rakaman video yang tular memaparkan kenderaan terbabit sedang memotong kenderaan lain yang dipandu secara belulu dan membahayakan kerana hampir bertembung dengan kenderaan lain.

Kejadian itu dilaporkan pada jam 8.19 pagi semalam. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here