KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan sudah menerima laporan kejadian seekor anjing disimbah air panas oleh seorang lelaki warga asing diĀ Menglembu, Ipoh.
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata, lelaki itu menyimbah satu cawan air panas ke atas seekor anjing liar yang berlegar di luar premis tempat dia bekerja.
Menurutnya, anjing itu telah diselamatkan dan dihantar ke klinik veterinar untuk rawatan.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menganiaya dan khianat terhadap haiwan.
Menurutnya, polis sedang melengkapkan siasatan sebelum merujuk kertas siasatan kepada Pendakwa Raya Negeri Perak untuk tindakan lanjut.
Video kejadian yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV tular di media sosial sejak semalam. MalaysiaGazette