Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama Duta Palestin di Malaysia, Walid Abu Ali pada Majlis Berbuka Puasa Kementerian Luar Negeri di Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 09 MAC 2025

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri berjaya menggalas tanggungjawab dan ikhtiar yang digarap Kerajaan Madani dalam menaikkan imej negara di pentas antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan itu berdasarkan kunjungannya ke luar negara termasuk dalam kalangan anggota ASEAN.

“Terima kasih warga Kementerian Luar kerana dapat mengangkat ikhtiar dan usaha yang membanggakan serta dibebankan dengan tugas yang jauh lebih besar berbanding beberapa tahun sebelum ini.

“(Berdasarkan) pengalaman saya bersama-sama dalam kunjungan dan ke luar negara (termasuk) ASEAN terutamanya beberapa negara luar, saya melihat prestasi membanggakan bukan sahaja kepada saya tetapi juga kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Luar di sini, hari ini.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Anwar berkata, Wisma Putra yang diterajui Mohamad turut menjadi perhubungan penting dalam membawa visi dan dasar antara Malaysia serta negara luar.

“Saya tak bergurau, ini adalah nota serius, apabila Perdana Menteri jemput, tidak semua duta datang tetapi apabila Menteri luar yang buat jemputan, saya lihat ramai (duta dan wakil negara luar) hadir tanpa gagal.

“Ini secara tidak langsung membuktikan kekuatan dan pengaruh Menteri Luar, tahniah dan sekali lagi terima kasih,” ujarnya.

Anwar Ibrahim diiring Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan beramah mesra bersama delegasi-delegasi asing yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa Kementerian Luar Negeri di Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 09 MAC 2025

Dalam pada itu, Perdana Menteri mahu semua pihak terus menghayati makna sebenar Ramadan.

Menyifatkan Ramadan di negara ini sebagai unik, Anwar berkata, kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia menjadikan semangat toleransi di negara amat bermakna.

“Sejak saya masih kecil di Pulau Pinang, saya jarang melihat kawan-kawan dekat (makan) saya, mereka menjauhkan diri daripada saya dan ini amat penting bagi saya.

“Yang penting dalam Ramadan adalah penyembuhan spiritual dan peraturan diperbaiki untuk memastikan bahawa kamu menambah baik kepada latihan untuk memperbaiki diri,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here