Program bertemakan Ikhlas Ramadan itu dianjurkan oleh Gas Petronas dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sebagai sebahagian daripada usaha kelestarian alam sekitar.

BAYAN LEPAS – Sebanyak 371 kilogram minyak masak terpakai berjaya dikumpulkan dalam tempoh tiga jam menerusi Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai di bazar Ramadan Jalan Mahkamah di sini, semalam.

Program bertemakan Ikhlas Ramadan itu dianjurkan oleh Gas Petronas dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sebagai sebahagian daripada usaha kelestarian alam sekitar.

MBPP dalam kenyataan berkata, inisiatif pengumpulan minyak masak terpakai telah dimulakan sejak Ogos tahun lalu dengan Pasar Lebuh Cecil menjadi lokasi pertama bagi usaha tersebut.

Jelasnya, sehingga kini lebih 20,000 kilogram minyak masak terpakai telah berjaya dikumpulkan, menunjukkan kesedaran masyarakat yang semakin meningkat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar sambil memperoleh pulangan wang.

Rajendran (dua dari kiri) turut serta pada Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai di bazar Ramadan Jalan Mahkamah di Bayan Lepas, Pulau Pinang semalam.

“Program yang sama dijadualkan akan diadakan sekali lagi pada 22 Mac ini bagi memberi peluang kepada lebih ramai orang awam untuk turut serta.

“Justeru MBPP menggalakkan penduduk sekitar Bayan Lepas untuk membawa minyak masak terpakai ke bazar tersebut, dengan tawaran harga pembelian sebanyak RM3 bagi setiap kilogram,” katanya hari ini.

Hadir sama, Datuk Bandar, Datuk Ir A. Rajendran; Ketua Bahagian Strategi & Kelestarian, Harlina Pikri; serta Pengurus Kanan Jabatan Kelestarian, Bahagian Strategi dan Kelestarian Petronas Dagangan Bhd (PDB), Nadjme Yusuf. Mereka turut melakukan tinjauan mesra dan menyumbangkan apron kepada peniaga. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here