Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki dan merampas 90 keratan karkas babi dianggarkan bernilai RM300,000 diseludup masuk dari negara jiran selepas menahan sebuah lori di Jalan Kempas di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, bertindak atas maklumat, pada pihak polis bersama-sama sepasukan pegawai dari Jabatan Veterinar Johor Bahru menjalankan pukul 1.30 pagi, 8 Mac lalu.

Menurutnya, kenderaan itu dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 51 tahun dan hasil pemeriksaan dilakukan pihaknya menemukan 90 keratan karkas babi.

“Selain kesemua keratan karkas babi yang bernilai RM300,000 itu dirampas, lori berkenaan yang bernilai RM300,000 turut disita.

“Kesemua rampasan bernilai RM600,000 diserahkan kepada pihak Jabatan Veterinar negeri Johor untuk siasatan lanjut,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di mengikut subkaedah 5(3) kaedah-kaedah binatang dan (Kawalan Penyembelihan) 2009 Akta Binatang 1953 kerana menjual, mempamerkan untuk dijual atau memiliki apa-apa karkas apa-apa binatang yang tidak disembelih di rumah penyembelihan diluluskan atau rumah penyembelihan dilesenkan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jika disabitkan kesalahan katanya, boleh dijatuhkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 dan bagi kesalahan yang berterusan, denda tambahan tidak melebihi RM500 dan boleh dikenakan bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di talian 07-5563122,” ujarnya.

Balveer Singh berkata, pihaknya juga akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti dalang utama penyeludupan berkenaan.

“Polis juga akan menyiasat sama ada ia mempunyai kaitan dengan sindiket tertentu dan sama ada ia mempunyai kaitan dengan kes yang pernah berlaku di kawasan berbeza di negeri ini dalam tempoh terdekat,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here