APM SPU melakukan rondaan di bazar Ramadan.

KEPALA BATAS – Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Daerah Seberang Perai Utara (SPU) menjalankan pemantauan di kawasan tumpuan orang ramai sepanjang bulan Ramadan bagi memastikan keselamatan serta memberi bantuan segera sekiranya berlaku kecemasan.

Rondaan pemantauan itu melibatkan lokasi seperti bazar Ramadan, masjid, pusat beli-belah dan karnival Hari Raya Aidilfitri yang menjadi tumpuan sepanjang bulan ini.

Jurucakap APM negeri berkata, langkah itu bertujuan memastikan perkhidmatan kecemasan dapat diberikan dengan pantas dan tidak terjejas sepanjang Ramadan serta membantu masyarakat yang memerlukan bantuan segera.

Masjid turut menjadi lokasi rondaan pihak APM.

“Pemantauan dan penugasan ini melibatkan anggota dari Pusat Kawalan Operasi Unit (PKOU) yang akan bertugas selama dua jam setiap hari bermula 1 Ramadan lalu.

“Petugas APM akan membawa Beg Medik semasa rondaan untuk memberikan rawatan awal kepada individu yang mengalami kecemasan secara terus di lokasi kejadian.

”Bagaimanapun, setakat ini tiada kes kecemasan dilaporkan di lokasi rondaan,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Tambah jurucakap itu, kehadiran petugas APM di lokasi tumpuan juga diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keselamatan dan kesiapsiagaan menghadapi sebarang situasi kecemasan.

“Usaha ini juga selari dengan sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam yang akan diraikan pada 24 Mac setiap tahun, sebagai tanda komitmen APM dalam memastikan perkhidmatan kepada rakyat sentiasa efisien dan berkesan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here