ALOR GAJAH – Jika masih tercari-cari tempat berbuka puasa selera Timur Tengah secara bufet sambil membeli belah dalam satu bangunan, Rasa-Rasa A’ Famosa pastinya menjadi pilihan menarik dengan hampir 100 juadah ditawarkan.
Malah, di sini pelanggan juga berpeluang menyaksikan percikan bunga api selain pertunjukan kumpulan muzik setiap malam sehingga 29 Mac ini.

Pengurus F&B A’ Famosa Resort, Muhammad Rafi Hussaini berkata, bufet bertemakan selera Timur Tengah itu diadakan di Dewan Tulip, Freeport A’ Famosa Outlet membolehkan pelanggan berbuka puasa selepas membeli-belah kelengkapan raya di 80 outlet yang menawarkan diskaun.
“Antara 100 juadah disediakan adalah kambing golek, nasi dan biskut arab, shawarma istimewa, ikan kari nyonya, rojak petis, cendol, sup kambing berempah, chocolate fountain, A’ Famosa coconut shake dan pelbagai lagi.

“Kemuncaknya adalah pertunjukan bunga api pada pukul 9 malam setiap hari selain kita juga menyediakan persembahan live band,” katanya sambil menambah harga bufet adalah RM65 setiap bagi kanak-kanak dan RM98 untuk dewasa.
Selain itu, jelasnya, A’ Famosa turut menawarkan pakej penginapan beserta set sahur dan makan malam bermula dengan harga RM144 seorang untuk Condo Family Studio dan RM113 seorang untuk Pool Villa 4 Bilik Standard.
Pelanggan juga berpeluang melihat tarikan terbaru yang terdapat di Safari Wonderland iaitu Pertunjukan Gajah Akuatik
di mana pengunjung dapat melihat gajah berenang di dalam air yang hanya terdapat di 10 zoo di dunia.
Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan lanjut, boleh hubungi 011-1600 0002 / 011-1600 0222 atau layari laman web rasmi di www.afamosa.com/rasarasa-afamosa. – MalaysiaGazette