Kredit: Angkatan Pertahanan Awam (APM), Sabah

KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS di Sabah meningkat kepada 4,122 orang daripada 1,357 keluarga setakat 8 pagi tadi, berbanding 3,579 orang daripada 1,203 keluarga semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, lapan PPS di Tenom menempatkan 743 orang daripada 276 keluarga.

Di Beaufort, empat PPS beroperasi dengan 1,339 orang daripada 432 keluarga, manakala dua PPS di Membakut menempatkan 872 orang daripada 293 keluarga.

Selain itu, dua PPS di Sook menempatkan 1,031 orang daripada 241 keluarga, sementara dua PPS di Keningau menampung 137 orang daripada 51 keluarga.

“Sebanyak 37 kampung terjejas, masing-masing 10 di Beaufort, Membakut dan Tenom, lima di Sook, serta dua di Keningau. Trend pemindahan di semua PPS kekal,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu di SARAWAK, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 352 orang di empat PPS pagi ini berbanding 347 orang malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan peningkatan tersebut disebabkan pertambahan jumlah mangsa di PPS Dewan Masyarakat Medamit, Limbang kepada 178 orang.

“Sementara, jumlah mangsa banjir di Lawas kekal 174 orang, di mana 100 orang ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Trusan, 35 orang di PPS SJKC Chung Hwa dan 39 orang di PPS SK Lintang,” menurut laporan itu. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here