Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu

KUANTAN – Polis sedang mengesan individu yang tegamak menghantar mayat bayi baru lahir dan masih bertali pusat ke Pusat Perlindungan Bayi KPJ Pahang di sini, petang semalam.

Ketua Polis Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata jururawat yang bertugas di pusat berkenaan menerima bayi perempuan sudah tidak bernyawa setelah mendengar penggera berbunyi pada jam 2.45 petang.

”Pengadu sedang bekerja di bahagian kecemasan KPJ Pahang telah mendengar alarm berbunyi di Baby Hatch yang menandakan terdapat seseorang meletakkan bayi di situ.

”Jururawat bersama rakan setugas terus turun dari tingkat 1 ke tingkat bawah dan dapati seorang bayi diletakkan di atas katil.

”Petugas yang juga pengadu melihat keadaan bayi yang tidak bergerak dan tiada tanda-tanda masih hidup,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Zahari berkata jururawat berkenaan kemudian membawa bayi tersebut ke bahagian kecemasan dan terus diperiksa oleh pegawai perubatan yang sedang bertugas.

Tambahnya susulan itu proses resussitasi dan prosedur kecemasan selama 20 minit telah diberikan namun gagal menyelamatkan bayi perempuan itu.

Pengadu yang sudah 10 tahun berhidmat di hospital swasta itu tampil ke balai polis buat laporan inisiden berkenaan untuk tindakan polis selanjutnya.

Wan Zahari berkata kes masih dalam siasatan lanjut dan diklasifikasi di bawah Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana suspek telah meninggalkan bayi di Baby Hatch KPJ Pahang dengan niat untuk menyembunyikan kelahiran.

Mayat bayi dihantar Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan bagi tujuan bedah siasat.

”Proses bedah siasat dijalankan pada hari ini. Kes telah disalurkan kepada Unit Risikan Jenayah (URJ) untuk dapatkan maklumat bagi mengesan dan menangkap suspek terlibat,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN :

Hanya seorang bayi dihantar ke ‘baby hatch’ KPJ Kuantan dalam tempoh 10 tahun

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here