Antara 18 wanita warga asing yang ditahan menawarkan khidmat pelacuran kaki lima di Jalan Changkat Bukit Bintang. Foto PDRM

KUALA LUMPUR – Sekumpulan pelacur warga asing menawarkan khidmat di kaki lima sekitar Jalan Changkat, Bukit Bintang di sini dikesan menerusi Op Bersepadu KL Strike Force semalam.

Mereka menawarkan bayaran serendah RM100 bagi setiap perkhidmatan seks kepada pelanggan.

Dalam operasi itu, seramai 18 wanita warga asing ditahan menerusi serbuan bermula 12.45 tengah malam hingga 2 pagi melibatkan pasukan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, ketika serbuan, kesemua wanita warga asing itu sedang menawarkan layanan dan mencari pelanggan di tepi jalan sekitar kawasan terbabit.

“Kesemua 18 wanita warga asing yang ditahan terdiri daripada lapan wanita Uganda, tiga Vietnam, dua warga Tanzania dua warga Thailand dan masing-masing seorang warga Nigeria, Kenya serta Indonesia.

“Kita turut menahan lapan lelaki dipercayai penjaga premis serta pelanggan terdiri daripada tiga warga Bangladesh, masing-masing seorang warga  Nepal, Egypt, Amerika Syarikat, Singapura serta warga tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara lapan lelaki penjaga premis dan pelanggan warga asing termasuk tempatan yang ditahan. Foto PDRM

Tambah Rusdi, pihaknya juga melakukan rampasan melibatkan peralatan seks dan wang tunai hasil daripada aktiviti tidak bermoral yang dilakukan mereka.

“Hasil soal siasat mendapati mereka mengaku bekerja sebagai pelacur secara sambilan dengan menyasarkan warga asing yang datang berhibur di Jalan Changkat Bukit Bintang.

Susulan itu, beliau memaklumkan kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 372 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) (C) Akta Imigresen 1969/63. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here