Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. - Foto: UMNO Online

KUALA LUMPUR – Meskipun hampir dibubarkan pada 2018 ekoran kekalahan teruk pada pilihan raya umum (PRU), UMNO Sabah hari berbangga apabila jumlah keahliannya kini meningkat sekali ganda.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ahli UMNO negeri itu kini meningkat kepada seramai 600,000 orang berbanding kira-kira 400,000 orang pada 2018.

Keadaan itu, ujar beliau, menunjukkan UMNO Sabah hari ini semakin mendapat sokongan dalam kalangan rakyat sekali gus bersedia menjadi ancaman kepada parti-parti politik lain di negeri itu.

Malah, tambahnya, kekuatan UMNO Sabah yang semakin meningkat itu juga menjadikan parti itu kini sasaran pihak lawan apabila digelar dengan pelbagai tohmahan termasuk `parti Malaya’ dan sebagainya.

“Sebenarnya UMNO Sabah ini menjadi ancaman kepada parti-parti yang lain kerana pertama, walaupun kita dilabel dengan persepsi kononnya kita ini parti Malaya, dan dilabel kita ini pengkhianat, namun realitinya dari segi keahlian kita makin meningkat.

“Apabila UMNO hampir dibubarkan pada 2018 yang lalu, keahlian kita tinggal hanya 390,000 tapi hari ini, keahlian UMNO Sabah telah mencecah lebih 600,000 ahli. Jadi ini menunjukkan bahawa setiap hari akan ada sahaja mereka yang menyertai UMNO,” katanya seperti dipetik laporan UMNO-Online hari ini.

Tambah Bung Moktar, peningkatan sokongan kepada UMNO di Sabah juga dapat dilihat daripada sambutan luar biasa orang ramai teradap Program Gerak17 yang dilaksanakan di peringkat Bahagian dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Ketika saya berada di Sebatik bersama kepimpinan UMNO yang lain, masyarakat setempat cukup ramai dan kesanggupan mereka bersama-sama dalam program berkenaan amat kita hargai. Ini membuktikan bahawa sokongan terhadap UMNO-BN.

“Masing-masing turun bersama kita sebab mereka rindu UMNO yang hari ini tidak lagi menjadi kerajaan. Mereka merasakan sudah sampai masanya untuk mereka menaikkan UMNO itu sendiri bukan sahaja di Sebatik, tetapi di semua kawasan, insya-Allah,” tambahnya. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here