Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

“Bagi separuh tahun kedua 2024, transaksi BNPL berjumlah RM7.1 bilion, meningkat dengan ketara berbanding dengan RM4.9 bilion bagi separuh tahun pertama 2024,” katanya dalam jawapan Pertanyaan Lisan daripada Senator Musoddak Ahmad di Dewan Negara.

Menjawab soalan berhubung langkah-langkah atau mekanisme khusus yang diambil untuk meningkatkan kesedaran rakyat terutamanya golongan muda yang sering terjebak dengan masalah hutang dan membeli secara kredit, Amir Hamzah berkata salah satunya adalah Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP).

Katanya, Kementerian Kewangan telah membuat bacaan kali pertama bagi Rang Undang-undang Kredit Pengguna (RUUKP) di Dewan Rakyat pada 4 Mac lalu dan dicadangkan untuk dibentangkan pada mesyuarat yang akan datang

“Selain itu, pelbagai inisiatif yang dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran rakyat, khususnya golongan muda, terhadap kepentingan pengurusan kewangan berhemat dan mengelak daripada perangkap hutang.

Usaha ini diterajui oleh Jaringan Pendidikan Kewangan (Financial Education Network, FEN) dengan menyediakan asas pendidikan kewangan termasuk literasi kewangan digital kepada golongan belia menerusi kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk kementerian dan agensi. -MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here