Suhaila (baris dua, baju kuning) bersama 70 anak-anak istimewa dari SK Seri Perling dan SMK Seri Perling diraikan dalam majlis buka puasa di Hotel Legoland, Iskandar Puteri, semalam

ISKANDAR PUTERI – Kegembiraan jelas terpancar pada wajah 50 anak istimewa dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perling dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perling yang diraikan dalam majlis berbuka puasa di Sealife Legoland Malaysia di sini semalam.

Pengasas Yayasan MyraHub yang juga Yang Dipertua (YDP) SMK Seri Perling, Datuk Suhaila Ahmad berkata, pihaknya menampilkan kelainan tahun ini dalam membawa pelajar dalam kalangan orang kurang upaya (OKU).

Menurutnya pada tahun lalu, pelajar yang dipilih pihak sekolah dalam kalangan pelajar kurang berkemampuan tetapi kali ini memilih pelajar istimewa dari sekolah.

“Kebanyakan mereka adalah kategori lembam pembelajaran, mild autisme dan juga kerdil. Mereka diiringi oleh guru pendidikan khas.

“Selain berbuka puasa, kita juga memberi pendedahan terhadap hidupan marin dengan mengadakan lawatan sambil belajar ke Sealife Legoland.

“Kami mengharapkan majlis ini memberi kenangan manis dan bermakna buat mereka,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Mulia Iftar Sentuhan Kasih Ramadan di Hotel Legoland.

Suhaila berkata, majlis berkenaan adalah kolaborasi yayasan bersama Legoland Malaysia yang masuk tahun ke lapan.

Sementara itu, seorang pelajar, Siti Fatimah Ar Zaharah Abdullah, 15, dan adiknya, Muhammad Hfiy Azhar Abdullah, 12, gembira dapat mempelajar benda baru dan melihat hidupan laut.

“Ini kali pertama pergi sini, seronok dapat berbuka dengan kawan-kawan dan guru, dapat sumbangan duit raya juga,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here