WASHINGTON- Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Selasa mengumumkan tarif 50 peratus dikenakan kepada semua produk keluli dan aluminium yang diimport dari Kanada.
Jumlah itu adalah dua kali ganda lebih besar berbanding perancangan awalnya iaitu 25 peratus.
Menerusi hantaran di Truth Social, Trump berkata beliau telah mengarahkan setiausaha perdagangan untuk menambah 25 peratus lagi tarif ke atas produk berkenaan, yang akan berkuat kuasa mulai pagi Rabu.
“Selain itu, Kanada mesti segera menghapuskan Tarif Anti-Petani Amerika mereka sebanyak 250 peratus hingga 390 peratus ke atas pelbagai produk tenusu AS, yang sejak sekian lama dianggap keterlaluan.
“Saya tidak lama lagi akan mengisytiharkan Darurat Kebangsaan mengenai Elektrik di kawasan yang terancam,” katanya.
Peningkatan tarif ke atas logam tu adalah tindak balas terhadap tindakan wilayah Ontario mengenakan tarif 25 peratus ke atas bekalan elektrik ke AS.- Agensi