KUANTAN – Seorang pengasuh hanya mampu mengucapkan Allahuakbar sambil menangis teresak-esak sebaik keluar dari kamar perbicaraan di sini hari ini selepas dituduh membunuh seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.
Terdahulu, tertuduh Nur Nabilah Sekh Ruslan, 31, menangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Ellyna Othman.
Manakala sesi pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Abdul Wahab.
Mengikut pertuduhan, Nur Nabilah didakwa telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Siti Umairah Tiara Muhammad Naim,3, di Perumahan Bukit Rangin, di sini pada jam 6 hingga 5 petang pada 17 Februari lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum pemenjaraan tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak kurang daripada 40 tahun.
Jika tidak dikenakan hukuman mati, boleh dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan bagi kesalahan itu.
Tiada jaminan ditawarkan oleh pihak pendakwaan memandangkan kes berkenaan tidak boleh diikat jamin.
Mahkamah memutuskan kes disebut semula 15 Mei depan selepas pihak pendakwaan memohon untuk menjalankan proses pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).- MalaysiaGazette