KUALA LUMPUR – Indeks Pengeluaran Perindustrian ( Malaysia bulan Januari 2024 meningkat kepada 2.1 peratus, dipacu pertumbuhan output sektor pembuatan.
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan output dalam sektor pembuatan meningkat pada kadar yang lebih perlahan 3.7 peratus (Disember 2024: 5.8%).
Sebaliknya, pengeluaran sektor perlombongan dan elektrik masing-masing merekodkan penurunan iaitu 3.1 peratus (Disember 2024: 0.9%) dan 0.1 peratus (Disember 2024: 3.5%).
Perbandingan dengan bulan sebelumnya, IPP masih menguncup pada kadar yang sama seperti bulan sebelumnya iaitu negatif 0.4 peratus.
Peningkatan dalam pengeluaran sektor pembuatan pada Januari 2025 disokong oleh pengeluaran dari industri berorientasikan eksport, yang tumbuh perlahan kepada 5.6 peratus berbanding 6.8 peratus yang direkodkan pada Disember 2024.
Pertumbuhan ini disokong terutamanya oleh pertumbuhan dalam industri pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal yang mencatatkan peningkatan 7.9 peratus; diikuti pembuatan minyak dan lemak daripada sayuran dan haiwan (8.9%).
Tambahan lagi, pembuatan kok dan produk petroleum bertapis turut menyumbang pada kadar pada 3.4 peratus.
Dari segi perbandingan bulan ke bulan, industry berorientasikan eksport masih berada dalam jajaran negatif dengan penurunan pada
kadar 0.9 peratus berbanding penurunan 2.4 peratus pada Disember 2024.
Industri berorientasikan domestik meningkat dengan kadar 0.2 peratus pada Januari 2025 berbanding 3.7 peratus yang direkodkan pada bulan sebelumnya disumbangkan oleh industri pembuatan produk prosesan makanan (7.0%); dan pembuatan produk logam yang direka, kecuali mesin dan kelengkapan
(4.8%).
Perbandingan bulan ke bulan, industri berorientasikan domestik meningkat 1.3 peratus selepas merekodkan pertumbuhan 0.4 peratus pada Disember 2024.
Sektor perlombongan pula menguncup 3.1 peratus pada Januari 2025 didorong oleh penurunan dua digit 10.0 peratus dalam output petroleum
mentah & Kkondensat (Disember 2024: -6.5%) manakala pengeluaran gas asli mengekalkan pertumbuhan stabil 1.4 peratus (Disember 2024: 5.9%).
Indeks Elektrik merosot pada kadar 0.1 peratus pada Januari 2025 berbanding peningkatan 3.5 peratus pada bulan lalu dan secara perbandingan bulan ke
bulan, indeks in menurun 1.9 peratus selepas mencatatkan pertumbuhan 1.0 peratus pada Disember 2024.
Di peringkat global, IPP bagi beberapa negara lain menunjukkan trend peningkatan pada Januari 2025, termasuk Jepun (2.6%), Thailand (-0.9%), Singapura (9.1%) dan Amerika Syarikat (2.0%) manakala Vietnam dan Taiwan menunjukkan peningkatan sedehana iaitu 7.2 peratus dan 5.3 peratus dan Korea Selatan menguncup 4.1 peratus. – MalaysiaGazette