Api yang menjulang tinggi menyebabkan bumbung khemah bazar Ramadan peniaga musnah sepenuhnya dalam sekelip mata.

MELAKA – Seorang peniaga Churros di Bazar Ramadan Semabok Perdana di sini berdepan detik cemas apabila tiba-tiba api dari kuali memasak menjulang sehingga membakar keseluruhan khemah jualannya petang tadi.

Menerusi video berdurasi 30 saat diterima MalaysiaGazette, kejadian dikatakan berlaku pukul 5.15 petang itu menyaksikan seorang remaja lelaki sedang merakam jualannya menggunakan kamera telefon bimbit.

Bagaimanapun tiba-tiba berlaku percikan api dari kuali memasak churros menyebabkan remaja berkenaan terkejut dan lari menyelamatkan diri.

Api yang menjulang tinggi menyebabkan bumbung khemah bazar Ramadan peniaga musnah sepenuhnya dalam sekelip mata.

Ketika kejadian, hujan lebat dan kelihatan remaja berkenaan menutup kepala gas untuk mengelak kejadian lebih buruk kerana getah saluran yang masih bersambung dengan tong gas.

Bagaimanapun, difahamkan kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan jiwa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here