Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey menunjukkan antara barang subsidi yang dirampas iaitu Gas Petroleum Cecair (LPG) dan minyak masak peket 1kg di sebuah premis di Rantau Panjang, Klang. Foto MUHAIMIN MARWAN, 12 MAC 2025

KLANG – Sebanyak 104,447 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi bernilai RM109,000 berjaya dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam Ops Tiris 3.0 dari 1 Januari 2024 hingga 28 Februari 2025.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDPN) Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, sebanyak 94 kes dalam rampasan tersebut membabitkan komoditi minyak masak sepanjang 14 bulan tersebut.

“KPDN akan terus mempergiatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan menyeleweng barang kawalan bersubsidi yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat,” katanya pada sidang media di Rantau Panjang, di sini, hari ini.

Selain itu, KPDN juga merampas 130 tong Gas Petroleum Cecair (LPG) bernilai RM1.64 juta melibatkan 269 kes dalam Ops Tiris 3.0 bagi tempoh yang sama.

“Tindakan ini adalah sebahagian daripada inisiatif Kita Gempur yang telah dilancarkan pada 19 Oktober 2024.

“Operasi ini bagi menangani isu manipulasi dalam aktiviti perniagaan dan ketirisan yang melibatkan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi,” katanya.

Menurutnya, KPDN turut merampas minyak masak bersubsidi bernilai RM923,281.49 di seluruh Selangor sepanjang 2024.

“Pada 2024, kita ada 70 kes melibatkan minyak masak di Selangor dengan nilai rampasan.

“Satu paket keuntungan yang diraih sindiket kira-kira RM1,” katanya.

Katanya lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi disarankan untuk menyalurkan aduan lengkap melalui WhatsApp KPDN di talian 019-848 8000.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat itu melalui portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my atau pusat panggilan di talian 1-800-886-800 ataupun aplikasi Ez ADU KPDN,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here