PUTRAJAYA – Perlaburan berjumlah RM1.1 bilion syarikat berkaitan Permodalan Nasional Berhad (PNB) ke atas Sapura Energy Berhad bukan tindakan bailout sebaliknya merupakan pelaburan strategik bersifat redeemable convertible share.
Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pelaburan terbabit datang dengan syarat yang perlu dipatuhi oleh Sapura Energy.
“Kita tidak lihat dalam kes Sapura ini sebagai satu bailout kerana dia datang dengan syarat khusus. Daripada pelaburan PNB sebanyak RM1.1 bilion.
“Ini dalam bentuk redeemable convertible share yang boleh sama ada ditebus kemudian atau diubah suai atau ditukar menjadi saham yang dipegang,” katanya pada sidang media hari ini.
Menurut Fahmi, pelaburan itu dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet hari ini yang turut menolak dakwaan sebuah akhbar mendakwa pelaburan syarikat kerajaan itu bagi ‘menyelamatkan’ Sapura Energy.
Menteri Komunikasi itu berkata, pelaburan yang sama akan memberikan keuntungan pelabur saham yang dikendalikan PNB selain membantu vendor yang terlibat dalam industri minyak dan gas yang dikendalikan oleh Sapura Energy.
“Kita semua sedia maklum dalam kes PNB hasratnya adalah untuk mencipta nilai dan merealisasikan keuntungan yang akan dipulangkan kepada pendeposit dalam pelbagai instrumen seperti simpanan dan amanah saham.
“Maka syarat yang dikenakan antara lain dana ini diguna khusus untuk menguruskan tunggakan yang perlu dibayar Sapura kepada lebih 2,000 vendor yang mana 80 peratus daripada vendor ini adalah bumiputera
“Jadi di pihak kerajaan secara umumnya kita akan teliti setiap ke dan kita amalkan prinsip Madani yang mana tidak ada free lunch, ini bukan duit percuma,” tegasnya.
Tambah beliau, ketua pegawai eksekutif dan barisan pengurusn Sapura Energy kini juga telah berubah dan kerajaan mahu melihat syarikat minyak dan gak itu dalam kedudukan mampan.
“Amat penting dari strategi untuk Sapura Energy terus memainkan peranan dalam bidang minyak dan gas. Tanpa ada Sapura Energy sebagai contoh apakah kita bersedia untuk guna perkhidmatan vendor-vendor asing? Di sini perkiraan termasuk hal seperti itu ada dipertimbangkan,” kata beliau.
Sebelum itu, media melaporkan, Sapura Energy memperoleh pelaburan RM1.1 bilion menerusi langganan saham pinjaman boleh tebus boleh tukar (RCLS) pada nilai nominal oleh Malaysia Development Holding Sdn Bhd (MDH).
Dalam kenyataan pada Selasa, syarikat itu menjelaskan, pihaknya telah memeterai perjanjian pembiayaan bersyarat dengan MDH, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha penstrukturan semula kewangannya, mengukuhkan komitmen SEB terhadap kemampanan jangka masa panjang.-MalaysiaGazette
Haaaa..ko dgn Rapizi sama jaa perangai..kaki pusing..masa DS Najib kau tuduh dia bailout Sapura..masa korang bailout dah jadi pelaburan strategik plak? Ko ingat rakyat bodoh kaaa..rakyat dah lupa kah fitnah geng2 ko dan Ripizi dulu??