Bahrin merakam kenangan bersama-sama wartawan dan jurugambar selepas majlis berbuka puasa bersama-sama media di bandar Kluang, semalam.

KLUANG – Polis meluluskan permohonan 105 daripada 110 permohonan permit menjual bunga api secara terbuka kepada orang awam yang dibuka pada 10 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, lima permohonan tidak diluluskan kerana tidak mendapat sokongan pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai salah satu syarat ditetapkan.

“Walaupun kelulusan penjualan telah dikeluarkan namun pihak polis akan terus mengadakan pemantauan agar tiada mercun yang dilarang penjualannya didijual oleh mereka.

“Kelulusan jualan adalah bermula 10 Mac sehingga 5 April sahaja,” katanya ketika ditemui dalam majlis berbuka puasa bersama-sama media, di sini, malam tadi.

Beliau memberitahu, hanya 36 jenis bunga api yang dikatolegarikan sebagai Happy Boom dan Pop-Pop dibenarkan dijual.

Pihaknya juga ingin mengingatkan kepada orang ramai untuk memilih tempat selamat ketika bermain bunga api dan mercun agar tidak mendatang sebarang musibah lain dan boleh menggugat keselamatan.

Ujarnya, tempoh masa permainan mercun juga hanya dihadkan sehingga pukul 12 tengah malam agar tidak mengganggu ketenteraman orang ramai khususnya mereka yang mempunyai anak-anak kecil.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here