Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika keluar ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, Jam 3.13 petang selepas memberikan keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram dihadapinya ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Putrajaya. Foto AIZAT ZAINAL, 13 MAC 2025.

PUTRAJAYA  – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diminta hadir menyambung keterangannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok pagi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bekas Perdana Menteri ke-9 itu akan hadir pada pukul 9 pagi.

“Ya, esok jam 9 pagi,” katanya secara ringkas ketika dihubungi hari ini.

Pada masa sama, Azam turut menolak khabar angin pemimpin UMNO itu akan ditahan selepas tampil memberi keterangan hari ini.

“Masih ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan beliau kepada pasukan penyiasat SPRM yang sedang meneliti hasil siasatan mereka.

“Kami menugaskan ramai petugas untuk menyiasat kes ini kerana terdapat ratusan dokumen yang perlu dianalisis,” ujarnya.

Terdahulu, Ismail Sabri hari ini hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi memberi keterangan pada pukul 9.45 pagi sebelum meninggalkan bangunan itu selepas lebih lima jam memberi keterangan pada 3.13 petang.

Sebelum ini media melaporkan, SPRM sudah merekodkan keterangan 36 saksi bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Ismail Sabri.

Seramai 23 lagi saksi baharu dikenal pasti dan akan dipanggil dalam masa terdekat bagi memberi keterangan.

Sebelum ini, Perdana Menteri ke-9 itu dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta selepas rebah di rumahnya pada 21 Februari lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here