TANGKAP layar video yang tular dalam media sosial berkenana kejadian tren bernombor 84 di Stesen Abdullah Hukum malam tadi.

KUALA LUMPUR – Insiden gangguan teknikal pada tren lrt Laluan Kelana Jaya di Stesen Abdullah Hukum malam tadi seperti yang tular di laman sosial berpunca daripada kerosakan pada komponen pemasangan pengumpul kuasa pada tren.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali kepada perkhidmatan lrt memaklumkan, impak insiden yang berlaku pada pukul 10.43 malam itu menyebabkan berlakunya kepulan asap kecil dan bunyi dentuman.

Bagaimanapun, katanya, pegawai transit yang sedang bertugas di dalam tren tersebut telah bertindak pantas mengikut piawaian standard operasi dengan meminta semua penumpang turun di Stesen Abdullah Hukum dan perkhidmatan tren alternatif telah diaktifkan bagi membolehkan penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi.

“Tiada sebarang kecederaan melibatkan penumpang dilaporkan.

“Tren yang mengalami kerosakan tersebut telah dihantar pulang ke depoh penyelenggaraan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang, pihak jurutera Rapid Rail telah mempertingkatkan pemeriksaan pada semua tren yang beroperasi di Laluan Kelana Jaya untuk memastikan kebolehpercayaan perkhidmatan tren sentiasa berada pada tahap yang optimum dan selamat.

Selain itu, jelasnya, pemantauan yang lebih kerap turut dijalankan oleh pegawai transit terutama di dalam tren ketika waktu puncak.

“Rapid Rail memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh penumpang semasa insiden tersebut dan akan terus melakukan penambahbaikan bagi memastikan perjalanan penumpang Rapid KL selamat, selesa dan lancar,” katanya.

Semalam tular di media sosial video penumpang yang berada di dalam tren laluan tren laluan LRT Kelana Jaya menjerit ketakutan selepas dikejutkan dengan bunyi letupan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here