Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz bersama Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hadir pada majlis Pelancaran Perdagangan Digital MADANI di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 13 MAC 2025.

KUALA LUMPUR – Khidmat Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik sebangai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) disambung sepenggal lagi.

Pengumuman dibuat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz ketika ucapan melancarkan platform bersepadu maya Perdagangan Digital Madani (MDT).

“Saya ingin umumkan bahawa kami telah membuat keputusan menyambung perkhidmatan Datuk Seri Reezal Merican,” kata Tengku Zafrul.

Reezal Merican dilantik sebangai Pengerusi MATRADE yang kesembilan berkuatkuasa serta-merta pada 2 Mei 2023.

Beliau merupakan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2021-2022), Menteri Belia dan Sukan (2020-2021) serta menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Luar (2015-2018).

MATRADE ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan diberi mandat untuk melaksanakan inisiatif promosi perdagangan untuk negara.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast