Mazlan Hassan

TEMERLOH – Polis memberkas seorang lelaki berusia 41 tahun yang dipercayai mencabul tiga orang wanita di bazar Ramadan Lurah Semantan, di sini, dalam kejadian berasingan.

Ketua Polis Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hasan berkata, pihaknya menerima laporan daripada ketiga-tiga mangsa dan berjaya menahan lelaki berkenaan semalam.

”Ketiga-tiga mangsa yang membuat laporan polis setelah video yang memaparkan perlakuan suspek mencabul pengunjung wanita menjadi tular di media sosial.

”Mangsa pertama berusia 26 tahun melaporkan ianya telah dicabul oleh orang yang disyaki (OYDS) pada 6 Mac 2025, manakala mangsa kedua dan ketiga berusia 23 tahun dan 27 tahun membuat laporan polis pada 10 Mac 2025.

”Kesemua mangsa menyatakan dicabul semasa sedang berjalan kaki bagi membeli juadah berbuka, OYDS secara kasar telah melanggar badan mereka dengan sengaja seterusnya menyentuh dada dan punggung mereka dengan menggunakan tangan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini

Mazlan berkata, saksi merupakan pemilik akaun TikTok bernama @zackrazbubdle telah merakam perlakuan lelaki berkenaan dan memuat naik ke media sosial TikTok.

”OYDS mengakui terlibat dalam kes yang disiasat. Modus operandi adalah berjalan kaki dan dengan sengaja melanggar badan mangsa dan menyentuh bahagian badan.

”Suspek menyatakan perlakuannya bertindak mencabul mangsa adalah kerana sudah lama tidak bersama wanita disebabkan dia menghidap HIV Positif sejak 13 tahun yang lalu.” tambahnya.

Suspek direman hari ini dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan serta siasatan masih dijalankan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here