Tangkap layar pengguna media sosial mengenai kejadian bunyi kuat di LRT Abdullah Hukum.

KUALA LUMPUR – Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Abdullah Hukum di sini dilaporkan mengalami masalah teknikal apabila berlaku bunyi dentuman kuat sekitar pukul 10.40 malam tadi.

Terdahulu, tular video di aplikasi X oleh pengguna akaun alifdamim mendakwa berlaku empat bunyi dentuman di stesen terbabit  dan semua penumpang diminta keluar dari tren.

Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) dalam kenyataan malam tadi berkata, berikutan itu perkhidmatan tren mengalami kelewatan kerana terdapat gangguan teknikal di antara Stesen Universiti dan Abdullah Hukum.

“Susulan itu, pengguna dimaklumkan tren dari Putra Height akan meneruskan perjalanan ke Gombak. Tren dari Gombak akan meneruskan perjalanan ke Putra Height tetapi melalui platform 1 Stesen Abdullah Hukum, Universiti dan Kerinchi,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Bagaimanapun Rapid Rail tidak menyatakan punca berlaku masalah teknikal berkenaan dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here