KUALA LUMPUR – Gerakan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membocorkan nama pemberi maklumat skandal rasuah Sabah.

Menurut presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, tindakan tersebut menimbulkan persoalan sama ada suruhanjaya itu dijadikan sebagai alat politik bagi kepentingan pihak tertentu dalam kerajaan.

“Sekiranya SPRM benar-benar mengamalkan ketelusan, mengapa hanya sesetengah kes sahaja yang didedahkan?” soal beliau menerusi kenyataan hari ini.

Malah jika nama pemberi maklumat kes tertentu boleh dibocorkan, ia bermaksud perkara yang sama sepatutnya berlaku kepada kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Prinsip keadilan memerlukan ketelusan dan konsistensi dalam semua kes tanpa mengira individu yang terlibat atau kedudukan mereka dalam politik.

Selain itu. tambah Dominic, SPRM juga perlu bertindak tegas terhadap kes yang melibatkan individu dalam kerajaan tanpa unsur berat sebelah.

“SPRM tidak boleh hanya berdiam diri apabila kes melibatkan ‘kem sendiri dalam kerajaan’. Sikap pilih kasih dalam penguatkuasaan undang-undang hanya akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi ini,” katanya lagi.

Semalam dilaporkan, pemberi maklumat yang mendedahkan klip video yang didakwa memaparkan penglibatan rasuah ahli politik Sabah memberi keterangan hampir 11 jam di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.

Ahli perniagaan berusia 36 tahun yang dikenali sebagai Albert itu mula disoal siasat dari pukul 10 pagi sehingga hampir 9 malam.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here