Gambar hiasan

MELAKA – Seorang pelajar lelaki yang juga atlet bola tampar sekolah menengah di Bukit Baru di sini, meninggal dunia selepas beberapa jam melakukan aktiviti pendidikan jasmani pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi pada waktu rehat ketika mangsa bukan Islam berusia 14 tahun sedang berjalan ke kantin.

“Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba pengsan berhampiran padang  sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

“Bantuan pernafasan CPR yang diberikan selama 30 minit juga gagal menyelamatkan nyawa dan doktor mengesahkan atlet sukan bola tampar itu sudah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit

Menurutnya sebelum kejadian mangsa berusia 14 tahun sedang mengikuti kelas pendidikan jasmani sukan bola tampar pada waktu pagi.

“Tiada sebarang unsur jenayah dikesan namun kita masih menunggu laporan lengkap makmal untuk mengetahui punca kematiannya.

“Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” tambahnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here