Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias bersama pengurusan UMPSA mengedarkan bubur lambuk dan gulai kawah buat warga Kuantan di perkarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 baru-baru ini

KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengedarkan 3,000 buah bekas bubur lambuk dan gulai kawah secara percuma buat warga Kuantan baru-baru ini.

Program berkenaan hasil kerjasama semangat gotong-royong melibatkan sukarelawan pelajar dan staf Jabatan Hal Ehwal Pelajar& Alumni, UMPSA Advanced Education, Maxis Berhad dan Masjid Sultan Ahmad 1 baru-baru ini.

Naib Canselor UMPSA, Prof Dr. Yatimah Alias berkata, sebanyak enam kawah bubur lambuk dimasak sejak awal pagi secara gotong-royong bukan sahaja menjadi satu usaha untuk membantu masyarakat sekitar tetapi platform untuk mempereratkan hubungan antara warga kampus dan masyarakat.

“Sepanjang bulan Ramadan, pelbagai acara telah dirangka antaranya program bubur lambuk, Moh Sahur bersama RTM, Singgah Sahur , program Kenduri Rewang dan beberapa program bersama pihak korporat dan agensi buat pelajar dan komuniti setempat.

“Malahan dengan kerjasama semua pihak termasuk Maxis Berhad dan UMPSA Advanced Education, kita dapat menyediakan lebih banyak manfaat kepada mereka yang memerlukan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Program yang saban tahun diadakan bersempena Festival Indahnya Ramadan 2025 ini berlangsung di Masjid Sultan Ahmad 1 ini mencerminkan semangat kerjasama dan kebersamaan dalam menyambut bulan Ramadan yang penuh barakah.

Pihaknya juga berbangga dan mengalu-alukan amalan bergotong-royong dan program berkongsi rezeki yang dilaksanakan di pelbagai peringkat termasuklah di fakulti, jabatan-jabatan mahupun persatuan atau kelab.

Selain itu, pihak universiti juga amat menghargai sumbangan pihak korporat, agensi luar dan orang persendirian dalam menyumbang tabung Yayasan UMPSA di sepanjang bulan Ramadan ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here