Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berucap pada sidang media selepas selesai Kongres Parti Tindakan Demokratik ke-18 di IDCC Shah Alam. Foto MUHAIMIN MARWAN, 16 MAC 2025

SHAH ALAM – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook kekal sebagai Setiausaha Agung DAP selepas berjaya mengekalkan kemenangan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).

Loke yang memperoleh 2,508 undi dari 3,342 perwakilan yang hadir hanya berada di tangga kelima dalam sesi pengundian dilakukan pada Kongres Kebangsaan DAP ke-18 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini, hari ini.

“Keputusan itu dibuat setelah satu mesyuarat dijalankan dalam kalangan 30 ahli CEC DAP yang baharu dilantik hampir setengah jam.

“Pemilihan jawatan-jawatan dalam CEC itu dibuat dengan sebulat suara tanpa sebarang persaingan dalam semua jawatan jawatankuasa itu,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Mesyuarat CEC DAP 2025-2028 juga sebulat suara melantik bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebagai Penasihat Parti.

“Manakala Menteri Digital yang memperoleh pengundian tertinggi dilantik sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP,” katanya.

Selain itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Kebangsaan.

Mesyuarat CEC DAP juga sebulat suara melantik lima Naib Pengerusi Kebangsaan, iaitu Chong Chieng Jen, Teo Nie Ching, Datuk Ng Suee Lim, Syahredzan Johan dan Arul Kumar a/l Jambunathan.

Selain itu, tiga Timbalan Setiausaha Agung yang dilantik ialah Sim Chee Keong, Yeoh Tseow Suan dan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh. – MalaysiaGazette

Berikut adalah senarai penuh CEC DAP 2025-2028:

1) Bendahari Kebangsaan: Ngeh Koo Ham

2) Penolong Bendahari Kebangsaan: Ng Sze Han

3) Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Khoo Poay Tiong

3) Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Lee Chin Chen dan Tan Hong Pin

4) Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Yeo Bee Yin

5) Penolong Setiausaha Publisiti: Young Syefura Othman dan Wong Shu Qi

6) Setiausaha Antarabangsa: Kasthuriraani a/p Patto

7) Penolong Setiausaha Antarabangsa: Alice Lau Kiong Yieng

8) Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan: Lee Chuan How

9) Penolong Pengarah Pendidikan Politik: Vivian Wong Shir Yee

10) Pengarah Strategik: Liew Chin Tong

11) Pengarah Dasar: Chan Foong Hin

12) Pengarah Pilihan Raya: Wong Kah Woh

13) Ahli Jawatankuasa: Teo Kok Seong, Chow Kon Yeow dan Liow Cai Tung

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here