SHAH ALAM – Menteri Digital, Gobind Singh Deo mengungguli keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP 2025 dengan memperoleh undian tertinggi dengan 2,785 undi.
Ahli Parlimen Stampin (Sarawak), Chong Chieng Jen, menduduki tempat kedua dengan mendapat 2,631 undi.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching memperoleh undian tertinggi dengan 2,585 undi.
Manakala Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Ng Suee Lim pula membuat kejutan apabila memperoleh undian keempat tertinggi dengan 2,563 undi.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pula hanya berada di tangga kelima selepas memperoleh 2,508 undi sahaja.
Berikut adalah senarai CEC DAP 2025, Yeo Bee Yin (2,503), Ng Sze Han (2,437), Khoo Poay Tiong (2,390), Chan Foong Hin (2,362), Wong Kah Woh (2,265), Steven Sim Chee Keong (2,262), Vivian Wong Shir Yee (2,244), Nga Kor Ming (2,215), Lee Chin Chen (2,172), Hannah Yeoh Tseow Suan (2,169).
Turut mengganggotai CEC DAP 2025 ialah Alice Lau Kiong Yieng (2,165), Liow Cai Tung (2,139), Teo Kok Seong (2,107), Chow Kon Yeow (2,101), Syahredzan Johan (2,065), Young Syefura Othman (1,943), Liew Chin Tong (1,929), Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh (1,917), Arul Kumar A/L Jambunathan (1,747), Kasthuriraani A/P Patto (1,722), Lim Guan Eng (1,719), Howard Lee Chuan How (1,703), Wong Shu Qi (1,655), Tan Hong Pin (1,585) dan Ngeh Koo Ham (1,584). – MalaysiaGazette