Izzah peruntukan PH BN
Hassan Abdul Karim

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mendakwa penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekarang ini menyerlahkan kepincangan.

Menurutnya, keadaan tersebut nyata melanggar etika professional sebuah agensi penguatkuasa malah tidak wajar bahan bukti kes bekas Perdana Menteri itu dipamerkan dalam sidang akhbar sedangkan siasatan SPRM masih belum selesai.

“Saya harap dalam usaha kita semua termasuk SPRM membanteras rasuah, sebagai sebuah agensi penguat kuasa yang bidang tugasnya untuk melakukan siasatan sahaja, jangan terbawa-bawa untuk melaksanakan pendakwaan pula yang terletak di bawah bidang kuasa Pendakwa Raya.

“Siasatan belum selesai tetapi Ismail Sabri telah awal-awal lagi dianggap suspek. Kalau suspek bermakna SPRM telah menangkap Ismail Sabri tetapi beliau belum lagi ditahan.

“Orang yang dipanggil untuk siasatan digelar OYDS iaitu orang yang disaman bukan ditangkap. Jika SPRM berkata kepada Ismail Sabri, anda ditangkap maka barulah beliau dipanggil suspek.

“Apabila dituduh di Mahkamah maka dipanggil OKT iaitu orang kena tuduh. Pendedahan bahan bukti lazimnya dibuat ketika perbicaraan.

“Tetapi dalam kes Ismail Sabri ini siasatan belum selesai tetapi bahan bukti telah dipamerkan dalam sidang akhbar. Apa tujuannya,” soal beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, banyak perkara aneh dapat dilihat yang dilakukan SPRM dalam hal proses penyiasatannya terhadap bekas Perdana Menteri kesembilan itu.

Katanya, kertas siasatan belum lagi SPRM hantar ke Pejabat Pendakwa Raya tetapi Ismail Sabri telah dibicarakan dalam media massa dan media sosial.

“Inikah modus operandi baru? Bukan trial in court of justice tetapi trial by media oleh government agency,” soalnya lagi.

Sebelum ini, media melaporkan, SPRM sudah merekodkan keterangan 36 individu dalam siasatan terhadap kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Ismail Sabri.

Menurut sumber, 32 saksi dan empat bekas pegawai Ismail Sabri yang ditahan sebelum ini sudah dirakam percakapan.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Terdahulu, SPRM dilaporkan menyita wang kira-kira RM170 juta membabitkan mata wang seperti Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan serta 16 kilogram jongkong emas yang dianggarkan bernilai RM7 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Apa nak terkejut..masa kes DS Najib tu ingat tak pegawai polis nama Singh yg panggil wartawan ramai2 kemudian pamerkan duit dan barang2 kemas..ingat tak??? masa tu PN, PKR, DAP, Mahathir bukan main seronok lagi…

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here