Gambar Hiasan.

KOTA BHARU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 35 pendatang tanpa izin menerusi operasi penguatkuasaan yang dijalankan sekitar bandar ini termasuk di Terminal Bas Lembah Sireh, semalam.

Pengarah JIM Kelantan Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata, tahanan itu melibatkan warga Indonesia, Bangladesh dan Myanmar berumur antara 13 hingga 58 tahun.

Beliau berkata, penahanan itu hasil risikan bahagian penguat kuasa imigresen dengan membabitkan 13 pegawai bagi menjayakan operasi yang dijalankan sekitar 2 pagi itu.

“Menerusi operasi itu kita menahan 24 lelaki, sembilan perempuan dan dua remaja lelaki warga Indonesia. Kesemua kanak-kanak ditahan bersama ibu dan bapa masing-masing.

“Kesemua warga asing ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut kerana disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c), Seksyen 15 (1) (c) dan Seksyen 56 (1) (l) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here