Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk memberikan keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram yang dihadapinya, di Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 14 MAC 2025

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kembali disoal siasat di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat hari keempat di sini.

Tinjaun MalaysiaGazette yang membuat liputan di pejabat SPRM di sini mendapati Ahli Parlimen Bera itu tiba pada jam 9.52 pagi dengan menaiki menaiki Toyota Vellfire warna hitam, diiringi kenderaan peronda polis.

Beliau sempat melambai tangan kepada pengamal media.

Ismail Sabri yang memakai kot hitam dan baju warna putih hadir ke sini untuk menyambung memberi keterangan berhubung siasatan kes ke atas empat bekas pegawai kanannya.

Pada 10 Februari lalu, beliau telah mengisytiharkan hartanya kepada SPRM dan kemudian dipanggil soal siasat agensi antirasuah itu pada 19 Feb lalu.

Media pada 3 Mac lalu melaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram, susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta di sebuah ‘safe house’.

Katanya, wang tunai dalam pelbagai mata wang antarabangsa itu, antaranya baht, riyal, pound sterling, won, euro, swiss franc dan yuan, manakala 16 kilogram jongkong emas tulen turut disita dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.

SPRM juga dilaporkan menyita 13 akaun membabitkan nilai lebih RM2 juta bagi membantu siasatan kes berkenaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here