Gambar hiasan

BUKIT MERTAJAM – Naib ketua sebuah parti polis yang juga ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) ditahan polis bagi membantu siasatan kes pemerasan peniaga warga asing di Taman Arowana di sini.

Suspek lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) kira-kira jam 9.45 malam tadi untuk siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

MalaysiaGazette difahamkan, suspek ditahan bagi membantu siasatan dia bersama dua pegawainya didakwa meminta wang RM8,000 daripada seorang peniaga kedai runcit warga asing.

Kedai runcit itu dipercayai milik isteri kepada seorang warga lelaki warga Bangladesh namun telah disita oleh penguatkuasa PBT atas alasan menggaji pekerja asing pada Januari lalu.

Suspek dan pegawainya dikatakan meminta RM10,000 daripada mangsa dengan alasan boleh membantu kedai runcit itu beroperasi semula namun selepas rundingan mereka setuju pembayaran dibuat berjumlah RM8,000.

Susulan itu, mangsa dikatakan membuat bayaran dengan dua kali transaksi namun kedai runcit tersebut masih tidak dibenarkan beroperasi atas alasan tertentu.

Difahamkan, suspek sama sekali lagi mengarahkan tindakan sita dilakukan ke atas kedai tersebut atas dakwaan pemilikan oleh warga asing, meskipun perniagaan itu berdaftar atas nama isteri mangsa.

Selain pemerasan bagi membuka semula kedai runcit itu, mereka juga didakwa meminta wang tambahan untuk menaja kempen politik suspek terbabit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here