Keadaan motosikal mangsa yang terbabas di di Jalan Persiaran Shorea, Saujana Utama, Selangor ketika hujan lebat, semalam.

PUTRAJAYA – Seorang operator kilang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya sendirian terbabas di Jalan Persiaran Shorea, Saujana Utama, Selangor pada jam 6.30 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kejadian berlaku semasa mangsa yang berusia 23 tahun dalam perjalanan ke bazar Ramadan dari rumahnya di Alam Perdana.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikalnya dipercayai hilang kawalan akibat jalan licin disebabkan hujan lebat sebelum terjatuh dan menggelungsur hingga ke laluan bertentangan.

“Kemudian, motosikal mangsa terkena di bahagian depan sebelah kiri sebuah pacuan empat roda (MPV) yang kebetulan melalui laluan itu dari arah Saujana Utama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Forensik Hospital Sungai Buloh bagi tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengankutan Jalan 1987.

0rang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Che Hassan Ambok ditalian 013-394 0423 atau bilik gerakan IPD Sungai Buloh ditalian 03-61561222. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here