KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu dua lelaki yang meloloskan diri daripada tahanan sah di Mahkamah Kuching kira-kira jam 11 pagi 7 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee berkata, individu terbabit dikenali sebagai Mohd Hissyalezwan Abd Zamri, 27, dari Kampung Hilir, Serian, dan Muhammad Nasrie Razali, 25, dari Kampung Baru, Kota Samarahan, Sarawak.

“Kedua-duanya masih dalam perbicaraan atas kesalahan samun berkumpulan tanpa senjata api mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memberi amaran bahawa mana-mana pihak yang melindungi atau membantu suspek boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 225(b) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun serta denda.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-244444 atau Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Chris Olsen Anak Ramlee, di talian 013-8607572. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here