Antara logo Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Polis sedang giat mengesan seorang lelaki tempatan yang melarikan sebuah telefon bimbit di sebuah premis perniagaan di Taman Sri Lambak, Kluang, Johor semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada jam 12.20 tengahari.

“Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), insiden berlaku pada jam 9.30 pagi di mana suspek telah mengambil dan melarikan sebuah telefon.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan penjara 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Daerah Kluang di talian 07-7784222. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here