Tangkap layar video yang tular memaparkan seorang lelaki sedang memperbetulkan bendera terbalik yang dipasang di Jalan Kukup, Pontian.

PONTIAN- Satu bendera Johor di pasang secara terbalik di sebuah tokong di Jalan Kukup di sini sehingga tular dan mencetuskan kemarahan orang ramai.

Video tular berdurasi 60 saat dalam Facebook itu memaparkan seorang lelaki menegur pemasangan bendera Johor yang terbalik kepada dua wanita yang kemudian meminta maaf kerana mendakwa tidak tahu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, siasatan awal mendapati insiden tersebut berlaku pada kira-kira pukul 1 petang semalam.

“Bagaiamanapun, setakat ini tiada laporan polis dibuat berkenaan kejadian berkenaan.

“Kejadian yang berlaku di sebuah persatuan penganut agama telah diselesaikan secara baik yang mana dua orang awam telah ke lokasi dan membuat teguran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau meminta orang ramai agar lebih peka dan mengambil tahu protokol berkaitan pemasangan bendera di negara ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here