Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Persatuan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Malaysia (PPJKKM) menyeru semua ibu bapa di negara ini menandatangani petisyen menyuarakan sokongan terhadap cadangan meningkatkan kadar pelepasan cukai penjagaan kanak-kanak daripada RM3,000 kepada RM5,000 dalam Belanjawan 2026.

Pengerusi Persatuan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Malaysia, Simon Ng berkata, petisyen itu juga bertujuan memperluaskan manfaat pelepasan cukai kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak berumur tujuh hingga 18 tahun ke pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Simon Ng

“Pelepasan cukai RM3,000 yang sedia ada kini hanya terhad kepada ibu bapa yang menghantar anak berumur enam tahun ke bawah ke TASKA dan TADIKA berdaftar.

“Namun ibu bapa yang menghantar anak-anak berumur tujuh hingga 18 tahun ke pusat jagaan kanak-kanak berdaftar tidak menerima sebarang pelepasan cukai walaupun kos penjagaan semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, PPJKKM mencadangkan dua perkara utama menerusi petisyen berkenaan iaitu eningkatan pelepasan cukai daripada RM3,000 kepada RM5,000 untuk membantu meringankan beban kewangan keluarga.

Seai itu, memperluaskan pelepasan cukai tersebut untuk turut merangkumi ibu bapa yang menghantar anak berumur tujuh hingga 18 tahun ke pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“PPJKKM percaya langkah ini dapat menggalakkan lebih ramai ibu bapa memilih pusat jagaan kanak-kanak berdaftar, sekaligus memastikan anak-anak mendapat penjagaan yang berkualiti dan selamat,” katanya.

Menurut Simon orang ramai boleh menyatakan sokongan dengan menandatangani petisyen di https://chng.it/sjDDpL5HyC . – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast