PUTRAJAYA – Dia wanita luar biasa!
Itu kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika ditanya kehadiran artis, Bella Astillah yang menemaninya ke mahkamah hari ini
Ahli politik itu menyatakan terhutang budi dengan artis berkenaan dan menganggap Bella sebagai wanita luar biasa.
Bella tiba kira-kira pukul 8.40 pagi bagi memberi sokongan kepada Syed Saddiq dalam prosiding rayuannya di sini pagi ini.
Syed Saddiq turut diiringi ahli keluarga terdekat termasuk bapanya, Syed Abdul Rahman Syed Abdullah dan ibu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz.
Syed Saddiq, 33, mencipta sejarah sebagai wakil rakyat pertama dikenakan sebatan kerana melakukan kesalahan jenayah kolar putih.
Beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023 kerana bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan akan bersidang sebentar lagi. – MalaysiaGazette